Sunday 25 May 2014

Hasil Fotografi..3 Hari 2 MaLam..


Pantai Batu Feringgi, Penang

Pantai Batu Feringgi, Penang


Street Art, Penang

Street Art, Penang


Menjalankan tugas melaksanakan projek final buat "Brochure Promotion PENANG".. Gambar dah di ambil tinggal nk buat brohure..Nak kena anta sebelum cti "stdy week"..kena buat cepat-cepat ni..cti " stdy week" nk balik kampung.

Monday 12 May 2014

Projek Packaging Kreatif

Pelbagai jenis OREO


OREO yang telah kami shot

watak OREO yang garang



Pensyarah kami telah memberikan tugasan projek semi final iaitu ''PACKAGING CREATIF"
dengan menggunakan akal yang kreatif dan kesenian kami. 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Kami telah mereka satu kotak yang bersaiz segi empat sama untuk dijadikan pembungkusan mini OREO yang mempunyai pelbagai perisa dalam satu kotak. Kami telah berkongsi idea dan mencari jalan yang terbaik untuk menyempurnakan tugasan kami ini. Kami diberi masa 2 mggu untuk menghantar projek tersebut. Huhhhh memang xckup tdo.letih sngt. Kluar rumah cerah balik dh gelap. Kerja kami memang macam ney. Belum lagi kira projek lain. Rasa-rasa lebih kurang 10 lagi menanti menunggu giliran. Duit jgn kira la memang mcm air la. Mane tidak nya, hari-hari kerja print kertas saiz A3. Jadi jimat cermat perlu diutamakan sekarang. Lagi satu makan pn dh kurang, nampaknya cuti sem ney insyaallah slim la kan hehehe..slim la sangat kan...eh2 jangan cakap banyak, teruskan perjuangan buat projek subjek lain pulak ok.

Friday 2 May 2014

Anak Peneroka Felda



Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Setiap gambar ada kenangan yang mudah kita nak ingat. Tapi sekarang rumah dah bertukar macam transformer la plak. Kenangan hanya pada gambar dan akan terpahat di hati sampai bila2.

Pedoman hidup



Ikutlah jalan yang diredai oleh ALLAH...INGAT!!!!! Kita hanya mahluk sementara. Jadi, ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta kita.






Koleksi Kata2 Mutiara

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

“Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa”

“Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

” Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
(La Roche)

“Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

” Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

” Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
leher seorai.( A.L Alek Wong)

” Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

” Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

” Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
( Saidina Ali)

” Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
(Saidina Ali)

“Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman..”

” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu”

“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri”

“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

“Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul.”

“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.” 

Life Advertising Student





HAAA.... ney la aku...Nama diberi Norhafizah Binti Mohamad Ismail...sekarang belajar di Upsi mengambil jurusan Ijazah Sarjan Muda Reka Bentuk Pengiklanan dan sekarang berada dalam tahun 2 sem 1..Di sini kami di ajar untuk mematuhi semua benda yang ada di dalam seni dan prinsip rekaan untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti tinggi dari pandangan orang. .insyaallah akan menjadi seorang yang berkaliber tinggi dan kreativiti  tinggi dalam mereka cipta pelbagai produk.,..amin yarabbal al amin.. 

sabar sabar sabar. Jangan marah dulu yew


Sebelum kita rasa nak marah itu,cepat-cepat la baca doa ney ok. Moga2 Allah permudahkan doa kita. Renung2 kan dan selamat beramal.

Friday 18 April 2014

Kutipan derma tuk rumah ank yatim nurul iman,ipoh perak...


#ALHAMDULILAH# kutipan mencecah RM922.00 pada hari ini..
 Terima kasih kepada yang menderma. Semoga Allah memberi limpah kurnia kepada mereka semua.

Sunday 13 April 2014

Pergerakan macam realiti


Dah tgk ke belum???Haa tgk la dulu..Nmpk mcm realiti fighting mereka..Walaupun ia hanya lah buku semata-mata. Nak lukis satu-satu superman dan goku ney nk jadikan pergerakan memang susah. 

Friday 4 April 2014

Course Design Advertising

Program ini bermatlamat untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk pengiklanan serta berupaya menguasai dan mengaplikasikan ilmu reka bentuk pengiklanan serta menyumbang kepakaran untuk industri pengiklanan.


Peluang Peningkatan Kerjaya

  • Pengarah Kreatif
  • Pengarah Seni
  • Eksekutif Pengiklanan
  • Pengurus Pengiklanan
  • Perancang Pengiklanan
  • Pengarah Seni Pengiklanan
  • Copywriter untuk Pengiklanan
  • Media Buyer
  • Perancang Media

Thursday 3 April 2014

Permaisuri Vs Sweet twelve aka 12 orang geng budak asrama.


Lagu ini memang fizah dan kawan-kawan selalu nyanyi masa duduk kat asrama tingkatn 4. Memang kami kaki jiwang besi yang x karat lagi lar hehehe. Syok layan lagu ney sambil baring-baring lepas tu gelak la kalau salah lirik.