Friday 7 March 2014

Hitam Putih Semestar 2 Lagi -Waktu petang Hujan yang lebat-


Kenangan di sebalik gambar yang sentiasa di hati kecil..Ini rumah arwah nenek n atuk. Diambil semasa hujan yang lebat..Oooo.... kenangan, kenangan menyusuk jiwa. Sayang beribu sayang mereka sudah tiada lagi.

Hitam Putih Semestar 2

  

Subjek budaya keusahawanan 

Kami ditugaskan untuk berniaga setelah mengambil subjek ini. Group kami telah memutuskan untuk menjual "murtabak maggi" yang mempunyai perisa ayam, kentang dan sosej. Memang unik produk jualan kami dan sedap sampai menjilat jari. Kami telah bertungkus lumus menjalankan tugasan ini dengan bersama-sama 5 orang ahli group.

Haaaa... Lagi satu masa nak buat RP iaitu Rancangan Perniagaan memang la susah, banyak pulak tu. Hari demi hari siap jugak Rancangan Perniagaan setelah beberapa kali membuat perjumpaan ahli. Dah Siap dan hantar tu memang lega beribu lega la. Huhhhh nafas panjang nampaknya. Alhamdulilah selesai.

Warna Warni Semestar 1

...

Kesabaran itu penting untuk kejayaan masa hadapan. Walaupun kita akan rasa ketinggalan berbanding orang lain. Kejayaan tersebut juga akan diredai oleh ALLAH y selalu menguji kita. 

Jeng3X semestar 1
Mulalah proses pembelajaran Subjek Drawing

OH MY GOD!!!!! Benda yang xsuka yang tu la dapat.Tangan ni memang la x berseni lukis pun sikit-sikit je boleh. Apa-apa pun kena la kuat mengharungi semua dugaan ini. Belaja tetap kena belajar yang penting usaha tu perlu ada dari semasa ke semasa. Subjek lain ok..semua suka tak kisah banyak projek pn.

-Pejam celik pejam celik Alhamdulilah tamat sudah semestar 1 dengan jayanya-


Thursday 6 March 2014

Di alam Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.









Sekarang Fizah mengambil jurusan ISM. Reka Bentuk Pengiklanan di bawah Fakulti Seni ,Komputeran dan Industri Kreatif. Sebelum masuk memang macam-macam saya fikir, perasaan dua dalam satu kadang-kadang sedih kadang gembira. Lagi satu fikir dah la jauh merantau lepas ini mesti jarang sangat balik rumah dan jumpa jantung hatiku Cik umi serta keluarga tersayang. Bila fikirkan balik mungkin jodoh dan takdirku untuk menuntut ilmu di sana. Apa-apa pun  kena bersyukur dan menyebut Alhamdulilah kerana  diberi peluang untuk menyambung pelajaran selepas STPM.